TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Monday, November 02, 2009

EMAIL BERANTAI??? : BACA HINGGA NOKTAH TERAKHIR...

Assalamualaikum warahmatullah... entri ini saya terima melalui email seorang sahabat yang meminta saya menghantar email ini kepada 7 orang sahabat lain. Setelah membaca isi kandungannya... saya rasa ianya tidak bertentangan dengan syariat bahkan memang menjadi kewajipan kita untuk saling mengingati satu sama lain. Email tersebut berbunyi...

----------------

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...
*si hamba Allah itu adalah kita semua.
*Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
*2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
*Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
*Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
*Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:

*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan

Step 3:
Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda. (saya tidak forward tetapi mengambilnya untuk dimuatkan dalam blog).

Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSYAALLAH Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita. SEKIAN.

----------------------

Terima kasih kerana membaca entri ini... InsyaAllah.... sahabat-sabahat sekalian telah memperolehi pahala kerana secara tidak langsung telah menyebut lafaz TASBIH, TAHMID, TAKBIR, KALIMAH SHAHADAH, ISTIGHFAR DAN BERSHALAWAT KEPADA KEKASIH ALLAH, MUHAMMAD IBNI ABDILLAH. Semoga hidup kita dirahmati dan diberkati. Kalau ada sahabat-sahabat yang ingin mengambil entri ini untuk dimuatkan dalam blog masing-masing amat dialu-alukan.....

.والله اعلم

8 comments:

Werdah said...

Salam Saifun,

InsyaAllah kak copy n paste ke blog kak.. terima kasih.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. hambaMu ini kotor.. Alhamdulillah, hanya Engkau layak dipuji dan memuji..

Werdah said...

Salam lagi sekali saifun... kak dah copy ke sini http://harmoniinn.blogspot.com/2009/11/email-berantai-baca-hingga-noktah.html.

Saifun.. mmg slow sikit blog saifun nih!! tak tau gak dgn blog kak.. blog kak pun ada masalah juga.. setiap kali nak buka ada je kena tekan ok tu.. tak tau pe silapnya..

Ttg nak comment ni kak rasa saifun pergi ke layout, kmd cari bahagian yg tulis comment di atas tu.. kmd saifun cari pop up window.. klik kat situ pastu save setting.. insyaAllah senang sikit nak komen.. kak pun belajar dp tutorial bujang susah.. nak buat read more read less masih tak dapat lagi..

Saifun.. terima kasih krn buat N3 ni.. banyak pengajaran kpd diri kak ni.. gerun dan gementar menghadapi mati.. mudah2an tidak sekadar gerun kena usaha banyak2 ni..

pecinta_Islam said...

assalamualaikum ustaz..maaf bertnye..dan maaf jg sbb terpaksa tnye soalan kt komen n3 ustaz ni.x tau nk taip kt ne lg persoalan ni.huhu,.nak mintak pendapat ustaz

kwn sy ada ajak sy msk bisness MLM ni.tp sy musykil ada ura2 ckp MLM ada unsur riba.nama syarikat tu island red cafe.kne bayar rm360..rm60ahli dan rm300 lagi tu dia macam kad..dlm kad ni de nilai rm300..dan kita boleh guna kad ni tiap kali kita g makan kt kedai2 nya di setiap cawangannya di seluruh negara..dan jika kita mencari ahli laen dan mereka masuk maka kita pun akan untung jgk..ia lbh krng sistem piramid jgk..klu orng bawah kita cari kita pun dpt untung sme..keuntungan ni hasil keuntungan produk jualan disebabkan kemasukkan ahli baru.perniagaan ni berbentuk kedai makan..dan setiap orang yang masuk ni x kan rugi sebab mereka masih lagi boleh menggunakan kad keahliannya yg ada di dalamnya rm300 untuk pergi makan di setiap cawangan kdinya.dan pd masa yg sama disamping jumlah rm300 yg boleh digunakan untuk makan free kte turut jg diberikan diskaun lg bila mkn kt sne sbbkn kte dh ahli..

soalan sy,halal ke x ye duit yg dpt hasil sy cr orng dan jgk orng bwh kte cari..mintak pendapat ustaz..keliru jgk..ada yg kte halal..ada yg ckp haram.sy kurang arif tentangnya

SaiFuN said...

Salam Kak Werdah

Terima kasih kerana copy paste dan letak di blog akak... saya dah tengok tadi. Nak chat kat ruangan shoutmix tetiba komputer 'hang'.

Sebenarnya masalah line internet saya ni memang tak leh nak buat apa. Saya pakai broadband je... line kat kawasan ni tak de 3G. GPRS je... nak tulis message atau nak balas komen kekadang tu boleh buat keje lain dulu..

Terima kasih atas tips yang akak beri tu... InsyaAllah nanti saya cuba try and error ye.. :)

SaiFuN said...

Salam Syah..

Sensitif soalan ni... :). Saya nak bagi jawapan macam ni jelah... saya tak pernah terlibat langsung dengan MLM apatah lagi dengan sistem piramid. Kalau orang yang terlibat.... mungkin mereka akan kata halal berdasarkan dalil dan pemahaman mereka.... memang betul soal halal haram ada khilafiyah di situ. Ada syarat yang perlu di patuhi dalam muamalah ni.. Kalau Syah nak lebih jelas... syah baca di sini ye. http://hazihisabeeli.blogspot.com/2009/10/persoalan-hukum-mlm-uzar.html . Kemudian nilai mana yang terbaik..... kalau ragu jauhilah.... soal rezeki ni saya sensitif sikit... perlu kita yakin halalnya sebab rezeki itulah yang kita nak beri pada anak isteri.

*Pendapat saya adalah sama dengan pandangan UZAR... :) Nak kata halal atau haram... kena tengok pada syarat.. kalau tak cukup syaratnya... haramlah ia.. kalau menepati syarat... halallah ia...Wallahu a'lam.

Unknown said...

Salam ustaz. terima kasih,entry yg sgt bermanafaat.
Sy juga ada soalan nak ty,walaupun soalan ni nampak remeh tp sy rasa ia melibatkan perbuatan seharian kita.
Kita semua tahu hukumnya haram memelihara burung dlm sangkar krn menghalang dia dari terbang bebas.Bagaimana pula dgn ikan yg di tgkap di sungai lepastu kita pelihara dlm bekas yg kecik.Sy rasa sama je mcm burung tadi.
apa pendapat ustaz?

SaiFuN said...

Salam ijoks..

Bab bela membela ni ada beberapa syarat juga. Bukan tak boleh bela binatang... tapi kena pastikan ia selesa dan diberi makan secukupnya. Hukum membela binatang boleh berubah-ubah...hukum asal adalah harus (boleh). contohnya wajib kita memelihara haiwan kalau kita lihat haiwan tersebut diancam oleh haiwan lain. Haram membela haiwan kalau tujuan dianiaya. Antara contoh penganiayaan adalah tidak memberi makan secukupnya dan menyekat kebebasannya.

Kalau bela ikan dalam aquarium yang sederhana besar dalam 3 atau 4 kaki... pendapat saya boleh (harus). Janganlah bekas terlalu kecil sampai ikan tak boleh bergerak langsung. Itu haramlah (berdosa). Kalau burung memanglah..... burung kalau bela dalam sangkar.... kalau terlalu lama... cuba lepaskan. Dia akan sukar terbang kerana dia tidak rasa bebas dan tidak boleh terbang dalam sangkar. Hal ini adalah penganiayaan baginya.

Wallahu a'lam...

SaiFuN said...

Salam ijoks..

Bab bela membela ni ada beberapa syarat juga. Bukan tak boleh bela binatang... tapi kena pastikan ia selesa dan diberi makan secukupnya. Hukum membela binatang boleh berubah-ubah...hukum asal adalah harus (boleh). contohnya wajib kita memelihara haiwan kalau kita lihat haiwan tersebut diancam oleh haiwan lain. Haram membela haiwan kalau tujuan dianiaya. Antara contoh penganiayaan adalah tidak memberi makan secukupnya dan menyekat kebebasannya.

Kalau bela ikan dalam aquarium yang sederhana besar dalam 3 atau 4 kaki... pendapat saya boleh (harus). Janganlah bekas terlalu kecil sampai ikan tak boleh bergerak langsung. Itu haramlah (berdosa). Kalau burung memanglah..... burung kalau bela dalam sangkar.... kalau terlalu lama... cuba lepaskan. Dia akan sukar terbang kerana dia tidak rasa bebas dan tidak boleh terbang dalam sangkar. Hal ini adalah penganiayaan baginya.

Wallahu a'lam...

Related Posts with Thumbnails