TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Saturday, November 14, 2009

DOA TIDAK LENGKAP??... JANGAN CARI PASAL



“Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke anak cucu''.

Ucapan yang berbentuk doa ini biasa ditulis di atas bungkusan hadiah yang disediakan atau lumrah diucapkan sebagai tahniah kepada pasangan pengantin baru. Doa yang dipohonkan oleh ramai orang, biasanya akan dimakbulkan Tuhan. Oleh kerana itu tanpa disedari, harapan ikhlas daripada kaum kerabat dan sahabat handai dalam doa yang disampaikan tadi menjadi kenyataan.

Ditakdirkan, jodoh kedua-dua pasangan tersebut tidak berpanjangan. Lebih memilukan lagi perceraian justeru berlaku sewaktu anak-anak sudah berumah tangga dan beranak pinak.

Akhirnya, pasangan tersebut bercerai selepas bergelar datuk dan nenek, sesuai dengan doa para hadirin yang mengiringi perkahwinan mereka.

Kenapa tidak kita doakan mereka `berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat'? Keadaan ini hanyalah salah satu contoh permohonan doa kepada Allah s. w. t. yang kurang lengkap dan sempurna.

Sememangnya Allah Maha Pemurah dan sentiasa mendengar dan mengabulkan permohonan hamba-hamba-Nya, sebagaimana Firman-Nya: ``Mintalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan permintaanmu.'' (al-Mukmin:60)

Namun, ibarat mengirim surat permohonan kerja, jawatan yang diminta biarlah jelas dan terang. Jangan sampai lain yang diharap lain pula yang dapat.

Beberapa lagi contoh yang berkaitan dengan doa yang kurang lengkap ini ialah mohon dipanjangkan umur.

Sedangkan usia panjang itu sebaiknya disertakan dengan tubuh badan yang sihat untuk beramal ibadat, bukan umur lanjut yang akhirnya membebankan keluarga di sekelilingnya.

Begitu juga permohonan dimurahkan rezeki dan ditambahkan harta kekayaan.

Sepatutnya kita meminta ditambahkan rezeki yang halal dan diberkati, yang dengannya kita dapat beramal jariah dan memanfaatkannya ke jalan Allah s. w. t.

Jangan sampai rezeki yang melimpah ruah, menjadikan kita lupa diri sebagai hamba-Nya dan lebih fatal lagi lupakan Allah.

Kisah yang berlaku pada Tsa'labah bin Hatib berikut ini barangkali boleh dijadikan peringatan, walaupun peristiwa tersebut bukan merujuk pada masalah yang disebutkan di atas.

Tsa'labah meminta Rasulullah s. a. w. berdoa kepada Allah agar dia diberi rezeki harta. Baginda menasihatkannya supaya mensyukuri apa yang ada kerana bimbang dia tidak kuat menerimanya.

Tetapi Tsa'labah tetap mendesak dan berjanji akan memberikan bahagiannya kepada yang berhak sekiranya dia kaya.

Rasulullah s. a. w. pun berdoa: ``Ya Allah berikanlah Tsa'labah rezeki harta, berilah dia kambing.''

Dengan kehendak Allah s. w. t. kambing-kambing Tsa'labah membiak banyak seperti ulat, sehingga kota Madinah seolah-olah menjadi sempit kerananya.

Kerana terlalu sibuk dengan `hartanya' ini, Tsa'labah hanya sempat menunaikan solat jemaah Zuhur dan Asar. Akhirnya dia hanya sempat sembahyang Jumaat, yang kemudiannya ditinggalkannya juga.

Mendengar keadaan Tsa'labah, Rasulullah s. a. w. bersabda: ``Rugilah Tsa'labah.'' Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali.

Kemudian Allah menurunkan perintah supaya orang yang berharta mengeluarkan sedekah untuk membersihkan dan menyucikan mereka.

Apabila baginda menghantar utusan disertakan surat kuasa kepada Tsa'labah untuk mengutip zakat yang diperintahkan Allah s. w. t., Tsa'labah bahkan dengan sinis berkata berkali-kali: ``Ini tidak lain mestilah ceti''.

Selepas utusan-utusan tadi memungut zakat daripada orang lain, mereka kembali semula kepada Tsa'labah. ``Tunjukkan surat itu kepadaku,'' katanya. Setelah membacanya dia berkata: ``Ini sama sahaja dengan ceti. Kembalilah kalian, biar aku fikirkan dulu.''

Sabda Rasulullah s. a. w. : ``Celakalah kamu wahai Tsa'labah!''.

Akhirnya Allah menurunkan ayat 75-77 yang menceritakan tentang kemunafikan orang yang memungkiri janjinya.

Berita turunnya ayat tersebut kemudiannya sampai kepada Tsa'labah. Dia datang menemui Nabi s. a. w. untuk menyampaikan zakatnya, tetapi jawab Baginda s. a. w.: ``Allah telah melarangku menerima zakat kamu.''

Selepas Baginda s. a. w. wafat, zakat Tsa'labah tetap tidak diterima oleh Khalifah Abu Bakar dan Umar al-Khattab.

-----------

Sekiranya kisah Tsa'labah ini boleh kita kaitkan dengan doa yang kurang lengkap kepada Allah, bayangkan rezeki melimpah yang diminta bukan mendatangkan kebahagiaan sebaliknya mengundang kecelakaan.

Rasulullah s. a. w. selalu berdoa : ``Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu kehidupan yang bersih, kematian yang lurus dan kembali tanpa kehinaan dan kecelaan.''

والله اعلم

8 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...:)

Terima kasih atas peringatan ustaz..

Werdah said...

Salam Saifun,

Terima kasih atas tazkirah ni.. insya Allah bln 12 ni kak dpt menantu sorang lagi..

anakmuaallaf said...

Salam ustaz,
Alhamdulillah tak rugi hari-hari akak datang sini banyak maklumat kak leha dapat.Alhamdulillah ustaz ingatkan.

Insyaallah lepas ni kena ubah ucapan.."berbahagia sampai akhirat"...

SaiFuN said...

Salam Abd Razak...

Afwan... untuk peringatan bersama InsyaAllah. :)

SaiFuN said...

Salam Kak Werdah.. Ahamdulillah, bertambah la sorang lagi ahli keluarga akak ek... :)

SaiFuN said...

Salam Kak Leha..

Hehe... hmm.. itulah yang sebetulnya... bahagia sampai akhirat.. kalau sampai anak cucu... takut tak sempat sampai ke cicit. :)

hazeleyed lady said...

Ass salam..
memang ramai yang tidak perasan kekhilafan ini...namun kalau pun difikirkan secara logik akal manusia yang tak seberapa ini pun ...ada logiknya.
Terima kasih di atas peringatan ini.

zai said...

Salam Saifun,

Kak zai pun selalu dengar orang buat ucapan macam tu kat pengantin baru..patutla ramai yg sampai keanak cucu jer..pastu atuk dan nenek pakat2 sibuk nak kawin lain dah..hehehe

Kak zai pun harap2 perkahwinan kak zai ni bahagia hingga ke akhir hayat.klu tidak penat plak nak iklan kat surat khabar dan kat pondok tunggu bas utk cari calon baru...hehehe

Anyway a good reminder for those yang selalu sangat buat ucapan maut tu..

Related Posts with Thumbnails