TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Friday, November 06, 2009

KISAH TAULADAN : TIKUS SELAMAT... YANG LAIN JADI MANGSA



Assalamualaikum warahmatullah… sahabat-sahabat sekalian, kisah ini saya petik dari laman soleh.net. Kisahnya tentang kehidupan seekor tikus yang cemas apabila melihat tuan punya rumah di mana ia tinggal membeli sebuah perangkap tikus. Saya yakin kisah ini adalah kisah rekaan namun banyak pengajaran dan I’tibar yang dapat kita kongsikan bersama. Apa kaitan perangkap tikus tersebut dengan haiwan-haiwan lain? Mungkin kita berfikir tiada kaitan langsung, tapi kisah ini menceritakan sebaliknya. Begitulah juga kehidupan kita sebagai makhluk Allah bernama manusia, ada ketika sesuatu perkara yang kita jangkakan tiada kaitan dengan kehidupan kita… sebenarnya amat hampir dengan kita. Kalau seekor tikus berasa cemas dengan ‘kehadiran’ perangkap tikus.. sedangkan belum tentu ia menjadi mangsa kepada perangkap tersebut……. apakah kita tidak merasa cemas dengan mati yang pasti sedang menanti kita??.. Fikir dan renungkan bersama.

-------------

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Wallahu a’lam.

Sumber : soleh.net

3 comments:

Unknown said...

salam ustaz...
kiranya kisah tikus tu boleh ler kita kiaskan sebagai sikap perihatin , tolong menolong , kerjasama dan yg penting saling perlu memerlukan , bukan penting diri sendiri

SaiFuN said...

Salam Kak Ummi...

Ye kak... sifat begitulah yang kita perlukan. Ada ketika kita rasakan sesuatu hal tu tiada kaitan dengan kita.. tapi sebaliknya yang terjadi. Manusia tak dapat mengatasi ketentuan Allah.. :)

Werdah said...

Salam Saifun..

Teringat kak bbp bulan yg lepas.. suami kak dipatuk ular sbb terpijak ular tu sebaik sahaja keluar dp kereta waktu malam.. mungkin ular tu sdg mengejar tikus.. wallahua'lam.. bgmnapun alhamdulillah tak mdtgkan mudarat (ke hospital diinject ubat dik doktor) kpd suami.. tak tahu apa pengajaran disebaliknya..

Ttg ular dlm cerita ni mungkin masuk perangkap sbb memperkecilakn perkhabaran yg dibawa tikus.. sudahnya dia terperangkap namun dia taklah sampai mati.. sdgkan isteri tuan rumah tu pula yg kena patuk..

Emm.. dgn cerita ini dapatlah difahami.. jgnlah kita sewenanggnya nak perangkap tikus.. sebaliknya gunalah cara lain.. jaga kebersihan ataupun pelihara kucing dll. ada juga sekali dulu dah lama dah suami beli perangkap tp tak pernah mengena.. alhamdulillah bila pelihara kucing takde lg tikus dtg.. pe pe pun dgn izin Allah jua.

Wallahu'alam.

Related Posts with Thumbnails