TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

Tuesday, August 09, 2011

GANJARAN SOLAT SUBUH MENGATASI KEINDAHAN DUNIA


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

8 comments:

Suria said...

Salam Ustaz. Adalah solat saya sah jika saya tidak membaca Qunut dan tidak sujud sahwi diakhir solat.

Terima kasih. :)

سيف النظام بن حاج عثمان said...

w'salam... jawapan ringkas saya.. solat itu tetap sah kerana qunut itu menurut mazhab syafi'e adalah sunat ab'adh.. sekiranya tertinggal, sunat pula digantikan dengan sujud sahwi. Qunut bukanlah wajib dan tidak termasuk dalam rukun solat. Walaupun begitu... berqunutlah utk memperoleh ganjaran pahala yang lebih. wallahu 'alam.

Mat said...

Salam Ustaz saye mempunyai soalan.. Adakah solat saye itu diterima jika saye tlah qada' solat tersebut atas alasan letih.. Dan sebab apekah yang kita boleh qada' solat selain daripada tertidur.. Wassalam..

سيف النظام بن حاج عثمان said...

w'salam.. soal diterima atau tidak itu urusan Allah S.W.T. Cumanya dari segi hukum... alasan letih tidak membolehkan seseorang itu mengqada' solatnya. Antara sebab yang membolehkan seseorang itu qada solat selain tertidur ialah masalah dharuriyyah (dharurat). Contohnya seseorang doktor yang buat pembedahan utk selamatnya nyawa manusia.. bomba yang mengambil masa lama utk memadamkan kebakaran besar. Hal ini disebabkan Islam menitik beratkan soal menjaga maqasid syariah. (nyawa, agama, keturunan, harta benda dan akal) wallahu 'alam.

Ahn said...

Salam ustaz.saya ade kekeliruan mengenai jamak/qasar.secara basicnye sesorang itu bole J&Q jika perjalannanya melebihi 90km.

situasi sy skrg, perkerjaan sy sbgai cluster's drive test.mksdnye sy selalu travel.

by now, office sy di KL. then sy kena outstation ke northern(penang,kedah,perlis) selama paling kurang seminggu,paling lama dua minggu.

dalam mase outstation, sy kena travel. sy tidur di sbrg perai then kdg2 pergi alor star and area2 northern dan balik semula ke sberang perai in a day.

dgn situasi sy skrg ni ustaz, apekah sy dibolehkan utk J&Q?
dan untuk berapa lama sy diboleh utk J&Q jika sy musafir di northern selama seminggu/dua minggu.

tengs ustaz for the answers.

slmt menjalani ibadah puasa dan semoga ustaz sekeluarga diredhai Allah.

ammennnn.

-fauzi stepo batch 04/05

سيف النظام بن حاج عثمان said...

w'salam Fauzi... ada beberapa perkara dalam soalan yg perlukan pencerahan... namun saya cuba untuk memberikan alternatif bagi menjawap soalan tersebut:

Boleh sembahyang jamak dan qasar disatu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari tidak termasuk hari masuk dan hari keluar daripada tempat itu.

Jika kita niat hendak berhenti semata-mata disatu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh selesai dalam masa empat hari,maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa empat hari ( atau hendak berhenti kurang dari empta hari ) maka boleh qasar dan jamak selama empat hari itu.

Jika kita niat hendak berhenti terus disuatu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut.Kita tidak boleh lagi sembahyang jamak dam qasar kerana kita telah niat bermukim di situ.

Jika kita berhenti disuatu tempat dalam musafir kerana ada urusan yang dijangka selesai dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari,maka kita boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.

Jika kita bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat yang tertentu yang dituju,kita tidak boleh sembahyang jamak dan qasar.

Jika kita sedang sembahyang qasar dan jamak dalam kenderaan,tiba-tiba sampai ke tempat yang dituju yang itdak boleh jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal ( tempat menetap ) kita wajib sudahkan sembahyang fadhu itu secara tamam ( empat rakaat ).

Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dam qasar,maka kita wajib sembahyang tamam ( sempurna ) sepanjang musafir.

Jika kita keluar dari rumah sebelum fajar hari jumaat,kita diharuskan mengerjakan sembahyang jumaat.Tetapi jika keluar selepas fajar hari jumaat,kita wajib mengerjakan sembahyang jumaat di mana tempat kita mendengar azan semasa kita bermusafir.

wallahu 'alam..

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI


JUNAIDI said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

Related Posts with Thumbnails