Assalamualaikum warahmatullah… sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah dengan izinNya, hari ini tanggal 06062010, genaplah setahun usia blog saya ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh sahabat-sahabat sekalian. Terima kasih kepada semua followers samada melalui google ataupun networked blog dan pengunjung-pengunjung budiman. Segala komen, pandangan, sapaan yang diterima amat saya alu-alukan dan hargai. Tak lupa kepada sahabat-sahabat yang mengirimkan bahan-bahan ilmiah untuk dikongsi bersama dalam blog ini. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik kalian semua.. Syukran Jaziilan lakum…
"Dalam kita gembira, ketawa dan bersenang lenang... seharusnya kita selitkan dengan perasaan sedih dan hiba mengenang nasib saudara-saudara seagama yang ditindas musuh Islam di seluruh dunia. Mohon doa dari sahabat agar saudara-saudara kita diberi kekuatan dan ketabahan, perlindungan dan pertolongan Allah Azza Wajalla. Mohon doa agar Allah Azza Wajalla menghancurkan gerakan musuh-musuh Islam, memecahbelahkan kesatuan di kalangan mereka, menggoyahkan 'aqdam' mereka, menyelitkan perasaan risau, gentar dan takut dalam diri mereka. Semoga Islam yang membela akan sentiasa terbela InsyaAllah......

4 comments:
Salam alaik ya ustaz..
Alhamdulillah, banyak ilmu dan nasihat yang dapat saya pelajari di sini...moga ustaz terus dengan usaha ini dan mudah-mudahan Allah berikan kekuatan buat ustaz dalam mengisi ruang ini...amin
Salam Ya Abd. Razak..
Terima kasih atas sokongan yang diberikan. InsyaAllah doakan saya punya kelapangan masa dan kesihatan untuk terus berblog ya.... :) syukran laka...
Selamat menyambut ulangtahun sebagai blogger.Blog sy juga sudah lebih setahun ,blog sy dibuka 23 may 2009.Ini bermakna sudah setahun sy mengenali ustaz dlm dunia blogger.
Semoga Ustaz terus diberi kekuatan oleh Allah untuk terus berdakwah dlm dunia moden hari ini.
Saya juga nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih yang tidak terhingga kpd ustaz kerana banyak memberikan nasihat2 berguna kepada saya selama ini.hanya Allah sj yang dapat membalasnya .
Assalamualaikum.
salam ustaz..selamat menyambut ulangtahun blog ustaz yg pertama..hmm..sy pun x tau dh gelap blum stahun blog sy.hehe..apa2 pun teruskn dakwah ustaz..banyak manfaat yg pembaca dpt..malah mereka boleh bertanya dengan ustaz menerusi blog ustaz ni jika ada kemusykilan tentang agama.. :)
Post a Comment