Assalamualaikum warahmatullah.. sahabat-sahabat sekalian. Kisah yang saya ambil dari pesanan Persatuan Islam Facebook ini menarik untuk dikongsi kerana ianya punya pelbagai pengajaran dan renungan untuk kita semua. Kisah ringkas ini mungkin dapat membuka pintu hati kita lastas bermuhasabah bagaimana kita menghargai hak orang lain dan bagaimana pula kita menilai sesuatu perkara melibatkan kepentingan setiap insan dan bukannya atas kepentingan diri. Saya dedikasikan khusus kepada anak-anak murid saya yang dikasihi. Ingatlah kembali segala penat lelah dan pengorbanan kedua ibu bapa dan para guru yang telah banyak membantu kita menjalani kehidupan di dunia. Hargailah setiap yang diberikan walaupun ianya hanya bernilai 1 sen.. kerana 1 sen itu juga ada nilainya. Apatah lagi ilmu-ilmu yang diberikan… ianya lebih bernilai dari butiran permata. Jangan berasa selesa dengan kehidupan dunia kerana yang paling penting adalah bagaimana kita menjalani kehidupan duniawi untuk menuju kehidupan duniawi. Jangan pula kita berasa selesa dengan nama Islam yang ada pada kita andai kita sendiri belum berminat untuk mendalami ajaran agama dari hari ke hari. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua InsyaAllah.
-----------------
-----------------
"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.
Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.
"Kenapa, ayah?" tanyanya.
"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.
"Koyak duit itu sehingga lumat."
Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.
"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.
Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.
Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,
"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."
"Apa?!" Ameen ternyata sangat terkejut.
Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.
"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"
***
Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.
Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.
Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja.
Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui geraka permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.
Mari kita renung firman ALLAH SWT dalam Surah as-Shaf 61:10-11 yang berbunyi:
"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".
Seterusnya, Rasulullah SAW ada bersabda:
قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ
Ditanya orang akan Rasulullah SAW,
" Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah SAW "Orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Bersabda Rasulullah SAW "Orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan." (Hadis Riwayat Bukhari)
5 comments:
Salam Ustaz,
kisah menarik
salam ustaz..pohon penjelasan dari ustaz.
pesoalan 1:
seperti yg diketahui ada khilaf berhubung doa qunut dalam solat subuh.Dan boleh la ikut mana2 pendapat sekalipun..Sama juga khilaf berhubung selawat.iaitu khilaf berhubung adakah perlu meletakkan sayyidina ataupun tidak di dalam selawat ketika solat..Pendapat yg sy dngr bolehlah memilih mana2 khilaf sekalipun dngn syarat jngn menafikan antara satu sama lain.Persoalan sy,bolehkah jika sy mengamalkan kedua-dua khilaf tersebut..contohnya bila rajin maka sy akan baca qunut dan selawat pula dengan membaca sayyidina muhammad..tp bila tak ada masa atau sbb kemalasan sy maka saya tak baca qunut dan tidak pula selawat dengan membaca sayyidina..persoalan sy,bolehkah mengambil kedua-dua khilaf tersebut ataupun kita wajib memilih salah satu shja pendapt mengikut keyakinan kita selepas meneliti hujjah kedua-dua khilaf tersebut..
persoalan2:
biasanya kuliah2 agama di surau2 atau masjid,ustaz akan menjelaskan hukum dan ada juga menjelaskan mengikut pendapat mazhab-mazhab lain..sy amat keliru tentangnya..adakah penjelasan kepada mazhab lain ini sebagai tanda kita boleh juga berpegang kepada mazhab lain ataupun penjelasan tersebut hanya sekadar maklumat tambahan shja..Adakah kita boleh berpegang kepada mazhab lain dalam hal2 yg tertentu sedangkan di malaysia kita berpegang pd mazhab syafie..bagaimana pula kes menunaikan haji dan tidak terbatal wuduk jika bersetuhan dngn perempuan lain kerana ramai sngt orng waktu tawaf.kata sesetengah pihak kita boleh keluar dari mazhab syafie dalam hal ini dan berpegang kepada mazhab lain..jika benar la demikian maknanya boleh campur-campur ke ustaz penerimaan mazhab ni..sy benar2 keliru tentang hal ini.muga ustaz sudi memecahkan kebuntuan sy ni.insyarallah..
Salam Syah...terima kasih atas soalan.
Bagi saya, mereka yang tidak mampu menguasai ilmu sehingga keperingkat menjadi seorang mujtahid, hendaklah dia merujuk kepada satu mazhab sahaja. Kemalasan tidak boleh menjadi asas kepada seseorang untuk mengamalkan mazhab secara bercampur-campur. Dalam hal qunut..hukumnya bukanlah wajib... tetapi mengikut mazhab syafi'e ianya adalah sunat ab'ad. Kalau tak nak baca pun... lakukan sujud sahwi sebelum memberi salam. Itu yang diajar dalam mazhab syafi'e.
Dalam hal ibadah haji... dibenarkan kita mengamalkan mazhab lain atas dasar dharurah.(darurat)... hanya dharurat yang membolehkan kita untuk berta'liq kepada mazhab lain.
Kesimpulannya... Mereka yang tidak mampu menguasai ilmu sehingga ke peringkat mujtahid, maka hendaklah mengikut mazhab secara keseluruhan. Di Malaysia mazhab yang diamalkan ialah mazhab Shafie. Seseorang yang bukan ahli ijtihad (cerdik pandai dalam ilmu kaedah hukum Islam) adalah wajib mengikut satu mazhab sahaja. Dalam keadaan yang sukar harus kita mengikut mazhab lain dengan syarat mengikut sepenuhnya syarat dan rukun dalam mazhab tersebut. Akan mejadi satu masalah yang lebih besar andai orang yang belajar melalui 'dengar-dengar' mengamalkan sesuatu ibadah yang dirasakan mudah tanpa memahami tujuan dan maqasid hukumnya"
Wallahu 'alam..
ok..terima ksh ustaz..skrng sy lbh jelas tentangnya.alhamdulillah..
seperti yg diketahui ada khilaf berhubung doa qunut dalam solat subuh.Dan boleh la ikut mana2 pendapat sekalipun..
satin sheets ,
flat sheet ,
Post a Comment