TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library
Showing posts with label kisah ulama. Show all posts
Showing posts with label kisah ulama. Show all posts

Wednesday, July 07, 2010

KISAH ULAMA : PELUK ISLAM KERANA BINATANG GANJIL..

gambar hiasan

Ketika Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu anhu berada di Masjidil Haram, beliau terlihat seorang pemuda yang bernama Usquf yang dulunya beragama Nasrani sedang tawaf di Ka’abah.

Imam asy-Syafie menghampirinya dan ingin tahu mengapa dia meninggalkan agama yang dianutinya daripada nenek moyangnya itu.

Pemuda itupun menceritakan peristiwa aneh yang dilaluinya sehingga menyebabkan dia memeluk Islam.

Saat saya sedang belayar menumpang sebuah kapal, tiba-tiba di tengah lautan yang luas datang angin ribut yang sangat kencang dengan gelombang tinggi menggunung memukul kapal itu sehingga tenggelam. Semua penumpang kapal tersebut turut tenggelam bersama harta benda dan barang dagangan yang dibawa, kecuali saya seorang sahaja yang dapat menyelamatkan diri dengan berpegang kepada sekeping papan serpihan daripada kapal itu.

Saya terdampar di tepi pantai sebuah pulau di tengah-tengah lautan setelah mengharungi ombak badai beberapa hari. Saya gagahi diri berjalan mencari-cari kalau ada orang yang tinggal di pulau itu. Namun ternyata pulau itu sepi sekali, tidak berpenghuni, walaupun tanahnya sangat subur, penuh dengan tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan.

Apabila malam saya merasa takut kalau-kalau ada binatang buas yang berkeliaran mungkin akan mengganggu saya. Akhirnya saya mengambil keputusan memanjat sebatang pokok yang sangat tinggi dan mengikatkan diri di sebuah cabang yang kuat sehingga saya tidur di situ.”

Cerita Pemuda itu lagi: “Di tengah malam, saya terkejut daripada tidur apabila mendengar suara tasbih dari arah lautan. Saya melihat ke kiri dan ke kanan mencari suara itu. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati suara itu datangnya daripada seekor binatang ganjil yang kelihatan di bawah sinaran bulan. Binatang itu dengan jelas mengucap:


Ertinya: ‘Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun. Muhammad itu adalah Pesuruh Allah dan menjadi Nabi yang terpilih. Abu Bakar itu temannya di gua. Umar adalah kunci penaklukan negeri dan kota. Usman pula orang yang terbunuh di dalam rumahnya. Ali adalah pedang Allah untuk menumpas kaum kafir, maka siapa yang membenci mereka nerakalah tempatnya.”

Kalimat-kalimat yang di atas itu diulanginya beratus kali hingga tidak terkira, sehinggalah masuk waktu fajar. Tatkala binatang itu bergerak meninggalkan permukaan laut menuju ke darat diucapkannya tasbih yang lain pula:


Ertinya: “Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Memiliki Lagi Maha Mulia. Muhammad itu adalah utusanNya yang membawa petunjuk yang benar. Abu Bakar adalah sahabatnya yang menyandang pangkat kebenaran. Umar adalah benteng dan besi yang kukuh. Usman adalah sahabatnya yang terbunuh dan yang menjadi syahid. Ali bin Abu Thalib adalah pemilik kekuatan yang keras, bagi pembenci mereka adalah laknat Allah, Tuhan Yang Maha Mulia.”

“Selama saya hidup inilah pertama kali kata-kata ini saya dengar. Saya sangat terpegun dengan zikir dan tasbih yang diucapkan oleh makhluk itu sehingga membuat saya berfikir sejenak agama yang saya anuti selama ini.”

Bila binatang itu naik ke darat ternyata ia memiliki mulut seperti burung Na’amah (bangau berkepala panjang), tetapi kepalanya manusia, berkaki binatang dan berekor ikan.

“Melihat sifatnya yang sungguh pelik itu, saya ketakutan dan gementarlah seluruh tubuh saya. Rupa-rupanya binatang ini tahu saya sedang memerhatikannya lalu dia melihat kepada saya, lalu dia menyuruh saya turun.”

“Turun!” Kata makhluk itu dengan suara yang agak kasar.

“Rupanya dia boleh berkata-kata seperti manusia.” Bentak hati saya. Saya takut dan enggan turun.

“Turun! Jangan takut!’ Perintahnya sekali lagi. Kali ini suara itu agak perlahan.

Saya pun turun dengan hati yang penuh takut dan bimbang. Badan saya gementar, lalu dia bertanya kepada saya:

“Wahai manusia! Apakah agamamu?”

“Nasrani,” jawab saya yang masih dalam ketakutan.

“Sebenarnya agama itu sudah ditolak dan tidak berguna lagi,” ujarnya.

“Kembalilah engkau kepada agama yang benar!” Dia menasihatiku.

“Agama yang benar itu apa?” Tanya saya memberanikan diri.

“Agama Islam,” jawabnya.

Dia kemudian menoleh kepada saya lagi, seraya berkata:

“Tahukah engkau di mana engkau berada sekarang?”

“Tidak,” jawab saya ringkas.

“Kau berada di negeri jin mukmin, tiada yang selamat daripada gangguan mereka, kecuali orang-orang Islam saja,” dia memberitahu.

“Mendengar kata-kata makhluk itu, saya menjadi ketakutan yang amat sangat kerana saya bukan orang Islam. Mungkin dia akan mengapa-apakan diri saya. Oleh sebab sebelum ini pun saya sudah tertarik dengan kata-kata makhluk itu, maka saya tidak ragu-ragu lagi ingin memeluk agama Islam.”

“Kalau begitu saya mahu memeluk agama Islam, tapi bagaimana caranya?” Tanya saya kepadanya.

Kata makhluk itu: “Ucaplah


Ertinya: “Saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Alah”

Makhluk itu menasihati saya lagi: “Wahai orang muda, bertakwalah kepada Allah, jagalah aqidahmu baik-baik supaya jangan terpesong. Sempurnakanlah keimananmu dengan mengakui sahabat Nabi yang empat iaitu: Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali Radhiallahu anhum.”

“Terima kasih,” kata saya kepada makhluk itu.

“Adakah engkau ingin tinggal di sini atau pulang saja ke negerimu?” Tanya lembaga itu pula.

“Ingin pulang ke negeri saya,” jawab saya gembira.

“Baiklah, sebentar lagi ada kapal yang akan lalu di sini, tunggulah,” kata makhluk itu.

Saya menjadi hairan bagaimana lembaga itu tahu, ada kapal yang akan lalu di situ.

Setelah segalanya selesai, binatang itu pun masuk semula ke dalam laut dengan cepat seperti kilat sehingga tidak kelihatan lagi. Tinggallah saya keseorangan duduk termangu-mangu sendirian dengan hati yang penuh harapan.

Tidak berapa lama selepas itu nampaklah dari jauh sebuah kapal melalui pulau tempat saya menunggu itu. Setelah melihat lambaian saya, dengan izin Allah kapal itu datang menyelamatkan saya.

Rupa-rupanya di dalam kapal tersebut ada seramai dua belas orang penumpang yang beragama Nasrani. Sebaik saja saya selesai menceritakan kepada mereka peristiwa yang menimpa saya, tiba-tiba mereka juga redha ingin memeluk agama Islam. Maha Suci Allah.

Saya merasa binatang itu telah membawa berkat yang sangat besar kepada diri saya, sebab keislaman saya berlaku dengan perantaraannya. Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya jua apabila dua belas orang pemuda Nasrani di dalam kapal tersebut memeluk agama Islam dengan perantaraan saya.

Demikianlah cerita bekas orang Nasrani itu kepada Imam asy-Syafi’e mengenai keislamannya.

“Alhamdulillah, engkau telah menyaksikan sendiri akan kebenaran Islam itu, semoga engkau mendapat petunjuk dan keberkatan daripada Allah Subhanahu wata’ala,” kata Imam asy-Syafi’e kepada Usquf.

“Terima kasih, semoga Allah berkenan mematikan diri saya dengan iman dan takwa serta tetap berpijak pada agamaNya yang mulia ini,” jawab Usquf pula.

والله اعلم

*Dipetik daripada kitab Mukhtashar Raudhur-Raiyahin karangan al’Allamah al-Yafi’iy.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Wednesday, March 10, 2010

SYEIKH TANTAWI KEMBALI KE RAHMATULLAH..


Dunia Islam pada hari ini dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah seorang ulama dunia terkenal iaitu Sheikhul Azhar Al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyed Tantawi. Menurut berita yang dilaporkan oleh stesyen TV Al-Jazeera, Syeikh Tantawi meninggal dunia awal pagi tadi di Riyadh akibat serangan jantung semasa mengadakan lawatan ke Arab Saudi. Semoga segala jasa beliau dalam memperjuangkan agama Islam diterima oleh Allah dan dikenang oleh seluruh umat Islam di dunia ini amnya.
AL-FAATIHAH

BIODATA RINGKAS

Muhammad Sayyed Tantawi dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di Kampung Saleem Syarqiyyah, Daerah Tama Governorate Soohaj. Beliau mendapat pendidikan asas di kampungnya dan setelah menghafaz al-Qur’an, beliau masuk belajar di Institut Agama Al-Iskandariah pada tahun 1944. Apabila tamat pengajian menengahnya beliau menyambung pelajarannya ke Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Kaherah pada tahun 1958. Beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian (al-Aliyah) dalam pengajian Usuluddin. Manakala pada tahun 1959, beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan dan pada tahun 1966 pula, beliau telah berjaya mendapat Ijazah Phd. (Al Alimiyah) dalam bidang Ilmu Tafsir dan Hadith dengan pangkat Mumtaz (Cemerlang). Tajuk tesis beliau ialah Banu Israel dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.
Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Waqaf Mesir sehingga tahun 1964 sebelum dilantik sebagai pensyarah di Fakulti Usuluddin pada tahun 1968. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Universiti Islam Libya (1972-1976). Manakala pada tahun 1976 pula, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar Cawangan Asyut. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jabatan Tafsir dan Ilmu-Ilmu al-Qur’an Peringkat Pengajian Siswasah di Universiti Islam Madinah, saudi Arabia (1980-1984). Beliau juga pernah menjadi pensyarah pelawat di Universiti Basrah, Iraq.
--------------

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Monday, September 14, 2009

KISAH IMAM MAZHAB (2) : IMAM ABU HANIFAH DIRACUN


السلام عليكم و رحمة الله
Kisah mengenai Imam Abu Hanifah ini agak panjang. Sila klik pada artikel penuh dan ulasan di bawah.
----------------------------
Dipetik Dari Buku: 1001 Duka "Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati"

Imam Abu Hanifah atau Imam Hanafi adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Parsi atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi.

Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:
1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
3. Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.

Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan hikmah.

Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.

Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut.

Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.


Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa, dipukul dan sebagainya.

Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.

Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah Imam Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Hanafi menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya.

Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor.

Ketika itu gabenor menetapkan Imam Hanafi menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu nescaya ia akan dihukum dengan pukulan.”

Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan ia tetap tegas, bahawa ia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara.

Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkan menjadi kadi, juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan pendiriannya. Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.

Akibat dari pukulan itu muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja untuk menghina Imam Hanafi. Walaupun demikian ketika Imam Hanafi diseksa ia sempat berkata. “Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti.” Ketika ia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Hanafi juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.

Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.

Suatu hari Imam Hanafi mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana Baghdad ia ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Hanafi “Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.”

Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam Hanafi itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.

Pada suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?”
Dijawab oleh Imam Hanafi: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin.

Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”
Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Hanafi: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”

Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat pelantikan tersebut.

Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi kadi di ibu kota. Adapun Imam Hanafi tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.

Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri.

Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat.

Suatu kali Imam Hanafi dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Hanafi kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita di penjara ketika itu ia berusia 70 tahun.

Imam Hanafi menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Hanafi menolak semua tawaran yang mereka berikan.

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Tuesday, August 25, 2009

RENUNGAN : YANG TERBAIK DAN YANG TERBURUK


Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Luqman al-Hakim seraya berpesan: "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan." Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. "Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" tanya ibu tersebut kepada Luqman. Luqman menjawab: "Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

Oleh yang demikian... marilah kita sama-sama menjaga hati dan lidah dari rosak binasa.

Renung renungkan........ Manusia boleh mengatur bicara agar nampak manis... tetapi bicara yang manis itu mungkin diatur oleh hati yang rosak dan bertujuan untuk merosakkan orang lain.


Firman Allah SWT :
Ada di kalangan manusia yang percakapannya tentang kehidupan dunia menarik hati kamu, lalu Allah perlihatkan apa-apa yang ada dalam hatinya. Dialah sejahat-jahat musuh.
(Al-Baqarah : ayat 204)


والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Friday, July 17, 2009

KISAH IMAM MAZHAB : IMAM SYAFI'E DITANGKAP & DIRANTAI

Dipetik dari : Himpunan Kisah Menyayat Hati

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghazzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwattha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwattha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwattha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah. Klik untuk lanjutan kisah...


Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu Sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu hari datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau. “Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.” “Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?” Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.” “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.
Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...
Related Posts with Thumbnails