TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH
Voting

::::: AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM :::::

SaHaBaT BLoGGeR

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

AWARD UNTUK SAHABAT : TEGAKKAN PANJI ISLAM

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::

::::: CENDERAHATI DARI GUA OTAI :::::
SYUKRAN JAZIILAN LAKA...

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

"DOA ITU SENJATA ORANG BERIMAN"

FADHILATUS SHEIKH MISHARI AL-AFASY : SURAH AL-MULK

HADIAH TV DARI IJOKS2009.. .TERIMA KASIH

TUNTUTLAH ILMU - SUARA FIRDAUS

Suara Firdaus - Tuntutlah Ilmu.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library

PENANGAN ZIKRULLAH - SUARA FIRDAUS

 
Suara Firdaus Penangan Zikrullah.mp3
Download at rapidlibrary mp3 music
Rapid Library
Showing posts with label inspirasi. Show all posts
Showing posts with label inspirasi. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

INSPIRASI DIRI : KISAH SRIKANDI UMMU SINAN AL-ASLAMIYAH

UMMU Sinan al-Aslamiyah adalah wanita daripada keturunan Aslam yang rela meninggalkan desa kelahirannya menuju ke Kota Madinah.

Ummu Sinan mengikut rombongan keturunan Aslam bagi memeluk agama Islam di hadapan Nabi Muhammad. Rombongan itu melafazkan janji setia kepada Nabi Muhammad.

"Kami beriman kepada Allah dan rasulnya. Kami akan mengikut segala perintahnya. Maka jadikanlah kami di sisi kamu kedudukan yang mana dengan kedudukan itu, bangsa Arab sedar akan keutamaan kami. Kami akan setia dan menolong kamu dalam waktu kesusahan mahu pun kesenangan," kata wakil rombongan Aslam kepada nabi.

"Aslam, Allah menyampaikan salam dan Ghifar, Allah mengampuninya. " sabda nabi.

Ummu Sinan mempunyai pengaruh dalam jihad dan perang menentang pihak musuh Islam. Dia mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai peranan wanita dalam barisan perang.

Di samping itu, dia juga mahir merawat anggota tentera Islam yang cedera dan sakit. Ummu Sinan juga mempunyai pengalaman dalam menyertai beberapa peperangan dan menunggang kuda.

Ummu Sinan berjumpa dengan Nabi Muhammad ketika beliau mahu berangkat ke Khaibar untuk menentang orang Yahudi Khaibar. Dia mahu bertanya sesuatu kepada nabi yang berkaitan dengan dirinya yang ingin menyertai ekspedisi ke Khaibar.

"Ya Rasulullah! bolehkah saya ikut bersama kamu dalam perang kali ini. Saya ingin menjaga anggota tentera yang sakit dan mengubatnya. Ini termasuk merawat mereka yang cedera dan luka." pohon Ummu Sinan dengan satu harapan jauh di sudut hatinya.

"Ikutlah pasukan tentera Islam dengan berkat Allah. Sesungguhnya kamu mempunyai rakan-rakan dari keturunan kamu dan keturunan lain yang telah berbincang dengan saya tentang perkara ini. Saya mengizinkan mereka pergi bersama. Jika kamu mahu, ikutlah keturunan kamu dan boleh juga, mengikut kami," nabi memberi kebenaran kepada Ummu Sinan

"Ya Rasulullah, saya memilih untuk mengikut kamu," jawab Ummu Sinan.

"Kalau begitu, ikut bersama Ummu Salamah isteri saya."

Ummu Sinan sangat gembira dapat mengikut ekspedisi ke Khaibar. Dia melihat pertempuran yang hebat antara pasukan tentera Islam dengan pasukan Yahudi Khaibar.

Ramai tentera Islam yang cedera dalam pertempuran tersebut akibat asakan bertubi-tubi dari pihak tentera Yahudi Khaibar yang bersembunyi dalam kubu-kubu yang telah dibina oleh mereka untuk menangkis serangan tentera Islam. Hujanan anak panah yang tak henti dari kubu tentera Yahudi menyebabkan ramai tentera Islam mengalami kecederaan di tubuh mereka.

"Saya harus mengubat luka tentera Islam yang kena anak panah ini agar mereka tidak jatuh sakit. Saya tahu petua keturunan Aslam yang boleh mengubat luka yang terkena anak panah, pedang dan tombak.

"Mana dia bahan-bahan yang perlu saya campurkan untuk mengubat luka mereka ini" Ummu Sinan tidak menang tahan mengubat anggota tentera Islam yang mendapat kecederaan akibat pertempuran dengan pihak musuh.

Ummu Sinan bersama-sama Ummu Salamah, Safiyah binti Abdul Mutalib, Ummu Aiman, Nasibah Kaab, Ummu Mani, Ummu Sulaim, Kaibah binti Aslamiyah, Ummu Mutha, Ummu Adh-Dhahhah, Hindun binti Amr, Ummul Ala, Ummu Amir, Ummu Athiyah, Ummu Sulaith Umaimah telah bersatu untuk merawat dan mengubat anggota-anggota tentera yang cedera.

Ummu Sinan memainkan peranan penting dalam pernikahan antara Safiyah binti Huyai dengan nabi dalam Perang Khaibar. Dia telah menyikat dan meminyaki rambut Safiyah sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Safiyah sangat gembira dapat bernikah dengan Nabi Muhammad yang telah menukar hidupnya menjadi Ummul Mukminin.

Pasukan tentera Islam yang mencapai kemenangan gemilang di Khaibar pulang semula ke Madinah membawa harta rampasan perang yang banyak. Ummu Sinan yang menaiki salah satu ekor unta milik nabi berada di belakang Ummu Salamah ketika rombongan itu memasuki Madinah.

"Rasulullah memberikan unta tunggangannya kepada kamu," kata Ummu Salamah kepada Ummu Sinan.

"Syukur Alhamdulillah, " Ummu Sinan menadah tangan kesyukuran.

Unta itu dibawa oleh Ummu Sinan ke pasar lalu dijual dengan harga beberapa dinar. Dia berasa gembira mendapat banyak keberkatan kerana menyertai ekspedisi peperangan menentang orang Yahudi Khaibar. Dia berazam lagi untuk menyertai peperangan lain untuk menentang pihak musuh Islam.

Perang Tabuk berlaku pada tahun 9 Hijrah antara pasukan tentera Islam dengan pasukan gabungan tentera Rom, keturunan Lakham, Judam, Amilah dan Ghassan.

Nabi Muhammad mengajak semua umat Islam di Madinah untuk bersedekah untuk membantu pasukan tentera Islam membuat persiapan rapi untuk menghadapi Perang Tabuk.

Nabi tidak membenarkan kaum wanita untuk menyertai peperangan ini dengan mengatakan Perang Tabuk berlaku pada musim kemarau dan cuaca yang sangat panas.

Kaum wanita Islam boleh berjihad dengan mendermakan harta mereka untuk membantu kelengkapan dan bekal para pejuang tentera Islam.

Mereka datang membawa apa sahaja yang mereka miliki. Mereka melemparkan sehelai kain di hadapan nabi yang penuh dengan pelbagai perhiasan seperti gelang, anting-anting, cincin dan barang perhiasan lain.

Walaupun tak bergabung dengan pasukan tentera Islam ke Tabuk, namun mereka berharap mendapat seperti apa yang dikatakan oleh nabi, " Siapa yang memperlengkapkan orang yang berperang di jalan Allah, bererti dia telah berperang."

Ummu Sinan turut menghulurkan apa sahaja yang dimilikinya untuk mendapat pahala dan ganjaran seperti yang dikatakan oleh Nabi Muhammad.

Walaupun hatinya sedih tidak dapat mengikut ekspedisi ketenteraan ke Tabuk namun kata-kata nabi telah mengubat kesedihannya itu. Begitulah semangat dan keberanian yang ditunjukkan oleh Ummu Sinan yang sentiasa mencari keredaan Allah dalam memerangi musuh Islam.

Nabi juga memberi arahan kepada kaum wanita dan membimbing mereka dalam bidang pendidikan supaya berakhlak mulia dan menjauhkan daripada penampilan diri yang kurang baik.

Beliau pernah menegur Ummu Sinan yang mewarnakan tangannya lalu berkata, "Tidak sepatutnya seseorang daripada kamu, para wanita mengganti kuku-kukunya dan mewarnai tangannya. Ummu Sinan patuh pada teguran nabi yang lembut itu untuk mencari keredaan Allah dan rasulnya.
---------------------

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Tuesday, September 29, 2009

INSPIRASI DIRI : KISAH MUJAHIDAH UNGGUL BERNAMA KHAULAH AL-AZWAR


Gambar sekadar hiasan


Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.Sila 'KLiK' untuk kisah penuh...


Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.

Sewaktu menyertai perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri.

Nampaknya tidak ada cara lain yang paling berkesan melainkan membakar semangat sahabat-sahabatnya yang lain, agar dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa apa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata. Maka Khaulah pun berkata:

"Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom".

Seorang daripada mereka menjawab, "Sesungguhnya apa yang engkau katakan itu adalah benar. Demi Allah, kami semua mempunyai harga diri. Pedang lebih berguna dalam keadaan begini. Kalau kita lalai umpama kambing yang tidak bertanduk tifak (mempunyai senjata)". Masing-masing mengemukakan berbagai pendapat dan semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak seorangpun yang mahu menjadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai senjata hatta sebilah pisau pun tidak ada. Tetapi Khaulah tidak mati akal dia terus menjawab:

“Wahai wanita-wanita muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini sangat berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid lebih baik bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita melepaskan diri dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita atau menyentuh salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dalam hal ini untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolongNYA”.

Masing-masing menjawab, “Demi Allah segala-segalanya katamu itu adalah benar. Kami tidak rela hidup dihina, syahid lebih baik bagi kami daripada hidup menanggung malu”.

Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya:

"Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat".

Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu. Setelah mengikat segala yang perlu, dia diikuti oleh Ifra Bt Ghaffar, Ummi Bt Utbah, Salamah Bt Zari’, Ran’ah Bt Amalun, Salmah Binti Hu’man dan seluruh wanita lainnya. Khaulah mendahului memukul pengawal dengan tiang yang dibawanya lalu menamatkan riwayat tersebut. Wanita-wanita lain bila melihat itu, maka masing-masing bersedia menyerang pengawal-pengawal lain dan bertempurlah mereka dengan gagah berani.

Orang-orang Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur sedangkan tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya dari tusukan tombak dan tebasan pedang.

Akhirnya Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dapat melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam dengan selamatnya.

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Thursday, September 03, 2009

INSPIRASI DIRI : BILQIS REMAJA MUSLIMAH AMERIKA YANG HEBAT


Baru-baru ini Presiden Amerika Barrack Obama telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama tokoh-tokoh masyarakat Islam di Amerika. Dalam ucapannya Obama turut memperkenalkan kepada mereka yang hadir salah seorang jemputan khasnya iaitu seorang gadis Amerika kulit hitam bernama Bilqis Abdul Qaadir. Beliau menganggap pencapaian Bilqis boleh memberikan inspirasi bukan hanya kepada gadis Muslim yang lain malah seluruh rakyatnya.

Bilqis merupakan pelajar cemerlang yang kini menuntut di Universiti Memphis, dan kecermerlangannya bukan hanya pada bidang akademik malah termasuklah sukan bolajaring sejak dari bangku sekolah lagi. Dan yang hebatnya bagi saya pencapaian ini diperolehi Balqis dalam keadaan beliau memelihara auratnya sebagai seorang Muslimah.

Semoga kejayaan beliau ini akan mengangkat martabat wanita Muslim dan mematahkan tohmahan golongan yang menganggap kewajiban menutup aurat bagi wanita Islam adalah suatu penghalang dan menyekat kemajuan.

Kalau gadis Amerika Syarikat, sebuah negara maju yang dipandang tinggi oleh dunia boleh menempa kejayaan seumpama ini, yang di Malaysia bagaimana? Mudah-mudahan semangat Ramadhan mengetukdan membuka pintu hati kita bagi menerima bahawa yang hak itu hak dan yang batilitu batil, insyallah.

Berikut adalah laporan dari Jamaah at Taqwa berhubung gadis ini yang boleh dibaca
DI SINI


---------------------


Bilqis Abdul-Qaadir walks quietly through the halls of the New Leadership Charter School. She is soft-spoken and polite. The youngest child of a devout Muslim family, the 5-foot-3-inch senior believes in modesty, and is determined not to call attention to herself.

Bilqis cannot help standing out. For one thing, she is the top-ranked student in her class. She wants to study pre-med in college with an eye toward being a cardiac surgeon. "The heart," she says, "is most interesting to me."

Then there is her presence on the basketball court, where she is a magnet for the eyes of all fans, and not just because she competes with her legs and arms completely covered beneath her uniform, and with a hijab (or head scarf) over the top of her head. The point guard dazzles every night with a game that is a nonstop whir of creative fury. She darts into the lane against much bigger players, flicking in layups and reverses and hitting teammates with no-look passes. She drains pull-up jumpers and step-back 3-pointers. Despite a steady diet of double-teams and box-and-one defenses designed to stop her, she is averaging, this season, an astonishing 41.3 points per game.

A fifth-year varsity player, Bilqis (pronounced BILL-KEACE) will attend the University of Memphis this fall on a full scholarship and will become the first player at a top tier Division 1 school to compete in full Muslim dress.


والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Tuesday, September 01, 2009

INSPIRASI DIRI : KISAH AWALUDDIN BATUBARA

السلام عليكم و رحمة الله

Sewaktu menggelintar alam maya… secara tidak sengaja saya terjumpa satu nama yang pernah saya dengar sewaktu menuntut di Indonesia. Pada tanggal 19/8 yang lalu… kita telah berkongsi kisah bagaimana seorang hafiz tunanetra ( cacat penglihatan) dari Thailand iaitu Saudara Mohamad Islah Busakorn menjalani kehidupannya dengan mendalami dan menghafaz kalam suci al-quran. Pada kali ini saya ingin berkongsi satu lagi kisah iaitu kisah Ust. Awaluddin Batubara…. Seorang lagi hafiz tunanetra yang berasal dari Indonesia….. juga seorang pemuda gigih dan berjaya menghafaz al-quran walaupun secara fizikal… matanya tidak dapat melihat. Moga kisah kegigihan mereka ini dapat kita jadikan inspirasi dalam menjalani hidup. Paling penting… mereka ini senantiasa bersyukur dengan apa yang ada… kita pula bagaimana?.

-----------------------------------
Panca indera boleh buta, tapi mata hati harus berfungsi. Begitu kata-kata yang selalu digenggam dan dipegang kukuh oleh Ust Awaluddin Batubara. Buktinya, meskipun cacat penglihatan, beliau ini fasih membaca al-Quran. Bahkan bergelar hafiz sejak berusia 20-an. “Ana” menggunakan al-Quran huruf Braille untuk menjaga hafalan,” ujarnya.

Sejak kecil, beliau yang berkelahiran dari Padangsidempuan (Sumatera Utara, Indonesia) ini sudah cenderung kepada al-Quran. Ketika belajar di kelas III Sekolah Dasar ( Sekolah Kebangsaan) Awaluddin tak segan-segan ‘membohongi’ gurunya semata-mata ingin mendengar bacaan murattal kalamullah di radio.

Kadang-kadang pakai alasan buang air kecil atau cuci muka. Yang penting boleh keluar kelas. Entah apa sebabnya, hatinya selalu merasa terharu bila mendengar lantunan ayat-ayat Allah. Walaupun masih kecil, kadangkala sampai menangis terisak-isak apabila mendengar kalam Allah di baca. “Padahal “Ana” belum faham arti bacaannya,” kata beliau yang ramah ini.

Bulan Ramadhan menjadi saat yang ditunggu-tunggu. Dengan menjalankan ibadah puasa, hafalannya lebih terjaga. Ini kerana hati menjadi sabar dan jauh dari godaan nafsu. “Orang akan kesulitan menghafal al-Quran bila tidak bisa mengendalikan hawa nafsu,” ujar ust Awaluddin.

Dia juga rajin tadarus, menyemak bacaan orang lain, membaca ketika shalat, dan mengajarkan bacaan al-Quran kepada orang lain. Dengan rutin seharian sebegitu, Awaluddin rata-rata mampu mengulang bacaannya 3 juz per hari. Kalau Ramadhan? “Minimal dua kali lipatnya. Rasulullah kan memerintahkan kita untuk banyak tadarus di bulan suci,” katanya.

Matanya yang cacat itu lebih sering menangis. “Apalagi kalau saya membacanya sebelum sahur, ketika orang terlelap tidur, air mata ini seakan tumpah. Bukannya ana menyesali mata yang tidak berfungsi, tapi justeru sangat bersyukur karena Allah menganugerahi sebuah kelebihan yang tidak dimiliki banyak orang.”

Penglihatan Awaludidn mula hilang sejak anak-anak. Awalnya cuma kabur, tapi ketika duduk di kelas VI SD , penglihatannya benar-benar tak boleh berfungsi lagi. Apa boleh buat, hobinya yang sebenarnya gemar membaca ini terpaksa berhenti sekolah hanya beberapa saat sebelum ujian akhir.

Awaluddin semasa kecilnya adalah seorang anak yang cergas. Beliau kemudiannya memilih untuk masuk ke sebuah pesantren (pondok). Di sana hobinya untuk mendengar al-Quran dapat digunakan sepenuhnya. Lama-lama muncullah keinginannya untuk menjadi seorang hafiz. “Ustaz dan teman-teman di pasentren yang membantu membacakan ayat untuk ana.”

Dasar otaknya yang pintar, dalam waktu 5 tahun, hafalan 30 juz sudah tersimpan di kepala. Namun dia mulai dihinggapi kegelisahan, jangan-jangan hafalan itu suatu saat hilang karena matanya tak bisa membaca. “Hilangnya bacaan bagi seorang hafiz adalah suatu musibah,” ujarnya.

Maka pada tahun 1994 Awaluddin mengikuti pendidikan khusus untuk golongan cacat penglihatan di Jakarta. Setelah menamatkan pengajian, dia langsung diajak seorang sarjana lulusan Timur Tengah untuk membuka sebuah pesantren Tahfizh Quran di Lampung, Indonesia. Sukses merintis pesantren, Awaluddin lantas direkrut menjadi staf pengajar di Pesantren Husnayain Jakarta, sampai saat ini. Kelak, ayah dua anak ini ingin mendirikan pesantren tahfizh Quran di kampung halamannya. “Mohon doa,” pintanya.mengakhiri bicara.

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...

Wednesday, August 19, 2009

INSPIRASI DIRI : KISAH MOHAMMAD ISLAH BUSAKORN


السلام عليكم و رحمة الله

Sahabat-sahabat sekalian... di ruang inspirasi diri kali ini... saya ingin berkongsi pengetahuan dan info tentang sifat gigih seorang pemuda yang berasal dari negara jiran iaitu Thailand. Beliau yang dimaksudkan ialah Mohammad Islah Busakorn... insan istimewa yang cacat penglihatan tetapi berupaya menjadi hafidzul qur'an dalam usia muda. Semoga semangatnya menjadi contoh tauladan kepada kita.

--------------------------------

Kecacatan fizikal bukanlah menjadi penghalang bagi Mohammad Islah Busakorn yang berasal dari Thailand, untuk menjadi Muslim yang berprestasi dalam hidupnya. Meskipun matanya buta, Busakorn mampu menghafal Al-Qur'an dengan baik sehingga mendapat penghargaan bertaraf antarabangsa dari Internasional Organization for Memorizing the Qur'an (IOMQ), sebuah organisasi internasional penghafaz Al-Qur'an.

Mohammad Islah Busakorn menjadi Johan dalam pertandingan kemahiran membaca Al-Qur'an (Mahir bil-Qur'an) yang diselenggarakan oleh organisasi itu di Jeddah, Arab Saudi.
"Alhamdulillah, para juri menilai saya bagus, tapi saya harap saya juga bagus dalam pandangan Allah," kata Busakorn merendah diri.

Busakorn, bersama rakan senegaranya Humairah Rawoo, seorang gadis berusia 9 tahun dipilih oleh perwakilan IOMQ yang baru-baru ini berkunjung ke Afrika Selatan, untuk ikut dalam pertandingan tersebut. Humairah Rawoo menjadi satu-satunya peserta wanita dalam kompetensi tersebut

Mohammad Islah Busakorn kehilangan penglihatannya pada usia 7 tahun. Penderitaan ini menjadi awal perubahan bagi kehidupannya. Pada usia 9 tahun, dengan tekad yang kuat, Busakorn mulai menghafaz beberapa surah dalam Al-Qur'an dan pada usia 11 tahun beliau memutuskan untuk belajar menghafaz Al-Qur'an dibawah pengawasan seorang imam.

Busakorn tidak mengikuti pendidikan formal seperti kanak-kanak lain, ini kerana satu-satunya institusi pendidikan bagi golongan cacat penglihatan di tempat tinggalnya adalah sekolah beragama Budha.

"Saya tinggal di rumah dan mula mendegarkan bacaan-bacaan Al-Qur'an dari radio tape. Saya tidak pernah bercita-cita menjadi seorang hafiz, " katanya seraya menjelaskan bahawa penghafaz Al-Qur'an di negaranya, Thailand masih sangat kurang.

Sifat ingin tahu yang mendalam tentang Syariah dan ajaran-ajaran Islam, membawanya ke Afrika Selatan. Dari saudara laki-lakinya ia mengetahui ada sebuah institut pendidikan Islam untuk golongan cacat penglihatan iaitu Madrasah Noor. Maka pergilah Busakorn ke Afrika Selatan dan mendaftarkan diri ke institut itu pada tahun 1997.

Ditanya apakah tips-tips buat para penghafaz Al-Qur'an, Busakorn mengatakan yang terpenting adalah ingat bahwa Al-Qur'an adalah yang terbaik dari apapun juga. "Kita harus ingat bahwa akan ada halangan dan dugaan dalam perjalanan kita menghafal, tapi kita harus sabar dan berusaha menghadapi segala rintangan," katanya.

Hassen Murchie, Mudir Sekolah Madrasah Noor menyatakan sangat bangga dengan muridnya itu. "Ini sebuah kebanggaan bagi institut dan negara kami, dia bersama para penghafal al-Qur'an dari 60 negara, tapi ia berhasil memperoleh tingkat mumtaz (tingkat sempurna)," kata Murchie mengakhiri bicaranya.

**Kadangkala manusia yang sempurnapun tidak tahu mensyukuri nikmat Allah SWT. Nikmat pancaindera yang diberikan tidak digunakan ke jalan Allah... tetapi lebih kepada tuntutan nafsu.

والله اعلم

KLiK UnTuK ArTiKeL PeNuH daN uLaSaN...
Related Posts with Thumbnails