Thursday, October 08, 2009

PERBUALAN LUCU SEKITAR POLIGAMI : MAMPU ATAU MAMPUS

Assalamualaikum warahmatullah.... entri ni sebagai selingan jelah. Bahan jenaka... blog ni pun dah penat. Sesekali kena publish artikel-artikel lucu. Apapun... jangan amalkan jenaka sebegini dalam rumahtangga kerana boleh membawa kesan yang lebih buruk ... :)

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS.... tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi... :)

sumber : isuhangat

5 comments:

  1. Salam Saifun...

    hehehehe, tergelak sampai tersedak2....dok terbayang nie gambaran reaksi husband kalau benda ni terjadi kat kak zai dan kak zai cakap camtu kat husband..skang kak zai dah ada ayat2 power nak bagi kat husband ni..kena ingat baik2 ..satu mampu..dua mampusssssssss !!! hmmm..best..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak...

    Ehe... jangan dibayang kak. Kang jadi betul-betul, kes naya pulak. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Salam..

    ekeke. itulah, terus senyap dier.

    ReplyDelete
  4. Salam arnamee...

    Diam mungkin cari strategi lain kot.. :)

    ReplyDelete
  5. Salam..:)
    ermm..ada lak lawaknya kan..
    Memang terkena tuu..:):)Diam terusss

    ReplyDelete