Wednesday, October 07, 2009

GAMBAR BERCERITA : PENGEMIS MERCEDES BENZ

السلام عليكم و رحمة الله

Mungkin ramai di antara kita yang sering kali didatangi oleh pengemis jalanan. Saya juga sering berhadapan dengan karenah mereka. Kadangkala kita akan berasa serba salah memandangkan ada yang kononnya sakit (wallahu a’lam), bawa anak kecil mohon simpati, cacat anggota, kurang waras dan lain-lain. Serba salah kerana Islam juga melarang kita membantu mereka membiasakan diri dengan hidup meminta-minta. Bagaimana pula sekiranya pengemis tersebut seperti yang kita lihat di dalam gambar? Perasaan simpati tersebut pastinya akan bertukar menjadi marah dan geram bukan?............

Adakah manusia di dalam gambar ini tidak memikirkan soal halal dan haram?… betapa bahayanya rezeki yang diperolehi secara tidak halal. Bagi kita sebagai orang Islam, soal rezeki adalah perkara asas dan pokok yang perlu dijaga dan diberi perhatian. Setiap apa yang kita makan dan minum amat berkait rapat dengan soal ibadah, hati dan jiwa.
-----------------------














10 comments:

  1. Salam
    Di mana gerangan kejadian ni ?...
    manusia ini tak akan terasa berdosa sehingga ia ditimpa musibah dari Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Gambar ni saya terima dari email seorang sahabat. Tak dapat dipastikan di mana ianya berlaku. Pengemis penipu memang ramai di dunia ni.. cuma modus operandi mereka mungkin berbeda.
    Manusia yang terdesak sering lupa memikirkan soal dosa dan pahala.

    Berdasarkan ciri no. plat kenderaan... besar kemungkinan di negara arab.. wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Salam Ustaz,wah dah jadi spy sekarang ustaz saifun ya.Ada kemajuan.
    Kat mana kejadian ni.Kalau tertangkap kat orang ni memang kena pelangkong la org tu.
    Tapi kesian kat dia setiap hari makan duit haram.Kerja malas..kalau ada anak lagi kesian kat anak dia makan duit haram.

    ReplyDelete
  4. Salam ijoks.. manusia macam tulah. ada yang sedar ada yang tak. orang lain susah-susah cari rezeki... dia senang-senang tipu orang.

    Kalau bocor rahsia dia ni mau pecah merz 190E dia tu. :)

    ReplyDelete
  5. Salam Saifun..

    hmm..nasib baik bukan kat kawasan umah kak zai..kalau tak habisla seme orang ikut perangai camtu..ini namanya work smart rather than work hard...hmmm kurang asam betul punya penyamun tarbus...(geram nie..)

    ReplyDelete
  6. Salam Saifun,

    Sunggup memalukan ya! tu di hadapan manusia dah tertangkap dengan lensa kamera.. mudah2an sempatlah bertaubat. Kak pernah tertipu dgn bukan pengemis tetapi penjual buku2 agama.. banyak buku2 kak beli dp dia.. kak ni mcm oku jugalah nak pergi ke kedai buku kan sukar sikit jd bila org dtg jual kat rumah dgn muka dan gaya humble gitu beriya2lah nak menolong katakan.. tiap2 minggu dia datang.. kak taklah jangka dia ni nak aniaya kita.. akhirnya selepas berbulan2 dia curi handphone.. lepas tu dia pun tak dtg2 lagi... tapi insyaAllah kak dah maafkan dia mungkin ada yg menjadikan dia berperangai begitu.. wallahua'alam.

    ReplyDelete
  7. Salam ustaz...

    Nampaknya ada juga manusia mencari rezeki begitu ya ustaz...

    Nampak dari gambar tu bukannya di negara kita sebab drivernya di sebelah kiri...

    Terima kasih atas award yg ustaz beri tu

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Zai....

    Di Malaysia ni belum jumpa lagila pengemis yang guna taktik menipu macam ni...

    Ramai yang guna taktik kutip derma untuk madrasah, surau, masjid dll... kita perlu berhati-hati dengan taktik diorang ni. :)

    Susahla bila orang anggap remeh tentang dosa pahala, halal dan haram.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Werdah..

    Di dunia pun Allah dah bongkar kerja jahat yang dia lakukan... kalau tak bertaubat tak tahu la macamana. Cumanya jenuh la sikit sebab ni melibatkan orang lain... macam mana le nak minta maaf dengan semua orang yang ditipunya tu.. emmm. payah juga tu.

    ReplyDelete
  10. Salam Abd Razak.

    Itulah pentingnya kombinasi ilmu + akhlak. Kalau ada dua-dua ni InsyaAllah manusia akan tahu membezakan mana baik mana buruk, mana yang benar dan mana yang salah.

    Rasulullah SAW bersabda : Siapa yang bekehendak dia akan dunia, hendaklah dia berilmu, Siapa yang berkehendak dia akan akhirat, maka hendaklah dia berilmu dan siapa yang inginkan kedua-duanya... maka hendaklah dia berilmu. Tapi bukan ilmu penipu macam gambar di atas.

    Ok... award tu letak kat blog ye. tq

    ReplyDelete