Saturday, August 27, 2011

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PENGUNJUNG

Assalamualaikum warahmatullah....

Alhamdulillah... hari ini sudah 27 hari umat Islam melaksanakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan. Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri sebagai tanda kemenangan atas kejayaan menunaikan ibadah fardhu tersebut. Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa yang masih berbaki... dan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1432H kepada semua pengunjung blog yang dikasihi sekalian. Semoga Allah maqbulkan segala amal ibadah kita di bulan yang penuh dengan rahmah, barakah dan maghfirah ini. Amin minka bikhairin Ya Rabbal 'Alamin..





11 comments:

  1. Assalamualaiku ustaz..

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
    Moga Allah terima segala amalan..
    Maaf zahir dan Batin

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum SaiFun

    Selamat hari raya.. maaf zahir batin.. semoga diterima amalan kita semua..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wbt

    TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA

    semoga Allah terima amalan kita semua, ameeen

    ReplyDelete
  4. Salam ya Ustaz,
    Lama betul tak dengar khabar berita. Salam Aidilfitri buat ustaz sekeluarga daripada ana sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. Salam Ustaz,

    Selamat Menyambut Syawal yang bakal tiba buat Ustaz dan sekeluarga.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. Salam ustaz,
    Selamat hari raya,semoga dimurahkan rezeki,diampunkan dosa-dosa dan sentiasa dalam rahmat Yang maha Pengasih

    ReplyDelete
  7. Salam ustaz. Saya nak bertanya. Adakah boleh jika kita puasa sunat enam diwaktu yang sama kita puasa wajib ganti.

    wassalam.

    ReplyDelete
  8. http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/182-puasa-ganti-syawal-a-ziarah-raya.html

    Salam saudari Iza.... di atas adalah link kupasan ust. zaharuddin abd rahman (UZAR) tentang perkara tersebut. Saya sependapat dengan beliau. Meskipun ada para ustaz yang memberikan pendapat boleh digabung... tapi pendapat saya ia perlulah di buat secara berasingan. Puasa itu sah... cumanya masalah ganjaran pahala setahun sebagaimana yang dinyatakan dalan hadis Rasulullah. Berkemungkinan (saya guna perkataan berkemungkinan kerana soal ganjaran ini hak Allah S.W.T) pahala seolah berpuasa setahun itu tidak sampai (wallahu 'alam)

    ReplyDelete
  9. Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT

    At least 160 000 women and men are trying a simple and secret "water hack" to lose 2 lbs every night as they sleep.

    It is very easy and works with anybody.

    Here's how to do it yourself:

    1) Take a drinking glass and fill it up half glass

    2) Now do this amazing hack

    and become 2 lbs thinner as soon as tomorrow!

    ReplyDelete