Tuesday, October 26, 2010

TSUNAMI SUMBAR: 23 MAUT, HAMPIR 200 ORANG MASIH HILANG


JAKARTA, 26 Okt - Jumlah kematian berikutan Tsunami yang melanda di Sumatera Barat meningkat kepada 23 orang manakala 167 lagi dikhuatiri hilang.

Agensi berita AP melaporkan kawasan bencana terbabit dilanda ombak setinggi tiga meter yang tercetus daripada gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di dasar lautan berhampiran Sumatera Barat, lewat semalam.

Tsunami berkenaan menghanyutkan ratusan rumah di dua kampung di pesisiran pantai di Pagai dan Silabu yang adalah sebahagian daripada kepulauan Mentawai.

Pegawai di Agensi Pengurusan Bencana Republik terbabit, Ade Edward berkata, jumlah angka mangsa kepada tsunami berkenaan mula diterima dan sehingga kini semakin meningkat dan kemungkinan juga akan bertambah.

Indonesia berada di kawasan yag digelar "Gelungan Api Pasifik' dan kerap terdedah kepada bencana gempa bumi dan aktiviti gungung berapi. - AP