Tuesday, December 22, 2009

GAMBAR MENARIK : NIKMAT SYUKUR & SYUKURI NIKMAT

Assalamualaikum warahmatullah...

Sahabat sahabat sekalian.... pernahkan kita bersyukur?? Tentu apabila diajukan soalan tersebut dengan spontan dan pantas kita akan menjawab .. "sudah semestinya pernah". Namun apa yang lebih baik kita persoalkan adalah... sejauh mana tingkat syukur kita? Tidak cukupkah nikmat yang diberikan Allah SWT kepada kita. Ada di kalangan kita yang kadangkala tidak pernah berasa cukup dengan apa yang dia miliki... lantas dia berusaha untuk mencapai apa yang dirasakan tidak cukup. Ianya sama sekali tidak salah disisi agama... namun apa yang penting... janganlah kerana matlamat dunia... kita lupakan Allah dan tergolong pula dalam golongan mereka yang tidak tahu bersyukur.

Gambar di bawah menunjukkan seorang kanak-kanak yang tidak sempurna fizikalnya sebagaimana manusia lain. Namun apa yang menarik... dari setiap gambar yang diambil... kanak-kanak tersebut masih mampu tersenyum riang... tidak sedikitpun ada riak wajah kurang senang yang melambangkan keluhan di wajahnya. sama-sama kita renungkan... mampukah kita menerima takdir Allah andai kita seperti kanak-kanak tersebut? Apabila Allah SWT meminjamkan nikmat kesihatan dan kekuatan fizikal... gunakanlah ianya untuk kebaikan. Apa guna nikmat Allah... andai nikmat yang diberi kita kufuri dengan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Si Pemberi nikmat itu sendiri... Fikir-fikirkan.










2 comments:

  1. Salam Saifun,

    Subhanallah.. Maha Suci Allah memberikan nikmat yg banyak sehingga bila melihat anak ini kak jadi memikirkan betapa selama ini dah banyak perkara2 indah yg dapat kak kutip sejak kecil hingga kini.. sedikit sahaja yg Allah ambil semula yakni tak bebas bergerak seperti dulu akibat pembedahan slipped disc ini..(ini pun krn kesilapan memilih/membuat keputusan)

    Benar.. Allah menguji tahap kesyukuran kak..

    Benar2 insaf..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak... oo.. ye ke. Setiap ujian Allah itu ada hikmahnya. Allah lebih sayang kepada hambaNya yang tahan diuji. Kadangkala manusia yang kurang diuji oleh Allah... kurang pula syukurnya...

    ReplyDelete