Thursday, September 10, 2009

TAZKIRAH RINGKAS: BAHAYA BAKHIL

Petikan dari kata-kata Saiyidina Abu Bakar r.a yang bermaksud, Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan ini iaitu:

1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

2. Allah akan menimpakan keatasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir, tenggelam dalam tanah dan sebagainya.

3. Setelah ia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka-mereka yang akan mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.

4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.

5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya lagi.

6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah.

7. Allah s.w.t meninggikan syahwatnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan

*Jangan lupa zakat fitrahnya ye... :)

والله اعلم

5 comments:

  1. Salam..
    bakhil dgn harta... khuatiri kemewahan terkurang..
    bakhil dgn ilmu ..khuatiri kewibawaan tercabar..
    bakhil dgn bakat..khuatiri kehebatan tertewas..
    Sedangkan apa yg dimiliki hanya hak Allah..Dia mampu utk mengambilnya hanya sekelip mata...

    ReplyDelete
  2. Salam Pn Kartini...

    Ha'ah.. betul tu... macam tu guna kalau bakhil nikmat, dikhuatiri Allah tarik balik segala nikmat yang Dia anugerahkan kepada manusia... dari sebaik-baik kejadian... jadilah makhluk yang hina di muka bumi.

    ReplyDelete
  3. Salam Saifun...

    Semoga kita dijauhkan dari sifat2 bakhil sebegitu..dan dijadikan seorang yang pemurah dan sentiasa mengasihi orang miskin dan anak2 yatim dan ibu2 tunggal dan orang2 tua dan juga kanak.....

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Zai...

    Betul kak... mohon dijauhkan Allah kerana sifat bakhil ni boleh menutup redha Allah terhadap nikmat yang diberikan... sedang sifat pemurah itu dapat membuka pintu rezeki seseorang.

    ReplyDelete
  5. Ustaz yahya Othman,bekas Exco pendidikan dan dakwah negeri Kelantan, adalah org kg saya.Beliau selalu berpesan Semua rezeki yg Allah kurniakan pd kita ada zakatmya masing2 bukan saja harta.

    Ilmu ada zakatnya,tenaga ada zakatnya,kuasa ,jawatan dan pengaruh juga ada zakatnya.
    Tidak terlepas tuntutan zakatnya jika tidak digunakan untuk membantu Agama Allah.

    ReplyDelete