Thursday, July 02, 2009

INFO RINGKAS : PANDUAN UTK LELAKI YANG NAK KAHWIN & KAHWIN LAGI

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

*Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

4 comments:

  1. Salam Dik Saifun,
    Amboi tajuk entri kemain lagi erk..dan YANG NAK KAWIN LAGI ??? hehehe dah ada dalam fikiran nak tambah lagi satu ke? Akak ada seme ciri2 kat atas tu...sbb tu suami akak sayang kat akak sampai tak leh berenggang nie...hahaha..gurau jer...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Zai...
    ehe... tak de la.. saya tengok adik kita kat atas tu dok buh entri tentang orang yang nak pilih calon isteri.. saya pun post jelah artikel ni untuk info tambahan.:)

    ReplyDelete