Friday, July 17, 2009

BIAR BETUL : MANUSIA LEBIH BODOH DARI LEMBU?

Assalamualaikum…. Petang tadi saya menerima e-mel dari seorang sahabat.. seorang lawyer tapi perangai gila-gila (macam abu nawas ).. lucu juga bunyinya.. entah dari mana beliau dapat artikel ni. Apapun kadangkala saya fikir ada benarnya bila teringat firman Allah berikut. Cuba bandingkan ayat ini dengan artikel sesudahnya.


Surah Al-A’raf : ayat 179
Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.


LEMBU sebenarnya lebih PANDAI daripada MANUSIA kerana... (maknanya kadangkala manusia ni lagi teruk dan bodoh dari lembu la.. )

1 ... lembu tak buang anak dalam tong sampah, longkang dsb.

2 ... lembu tak ponteng kerja... pagi-pagi dia keluar meragut rumput , petang dia balik rumah.

3 ... bila sampai waktu maghrib, lembu mesti balik rumah.. dia tak ada pulak main takraw ke, main bolasepak ke, shopping kat pasar malam ke.

4 ... lembu tak melakukan perhubungan jantina luar tabii.

5 ... lembu tak buat maksiat seperti berjudi, minum arak dsb.

6 ... lembu faham cakap manusia tapi manusia tak faham cakap lembu.

7 ... lembu tak ada pulak beri anak dara dia keluar malam dengan lembu jantan lain.

8 ... anak teruna lembu pulak tak ada nak usung anak dara lembu lain sampai lewat malam.

9 ... lembu punya susu, sapi dapat nama... yang bagi nama minyak sapi tu, manusia lah, bukannya lembu.

10 ... lembu tak ada buang masa membaca artikel karut macam ni...

Yang no 10 tu jangan marah yek… saya cuma publish apa yang sahabat saya kirim je.. :)
Wallahu'alam..

16 comments:

  1. salam dik...
    wah..dah upgrage entri blog ni nampak..hehehe..betul tu, akak setuju dengan pendapat lembu kat atas...sesekali entri tu walau nampak lucu tapi penuh pengajaran kan.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak... adalah peningkatan sikit... mempraktikkan sedikit ilmu yang baru dipelajari. :)

    ReplyDelete
  3. Salam ustaz..

    Iya lah tu... sokong benar kecuali point yg no. 10... :)

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Mohon petunjuk Allah dijauhi dari sifat-sifat dalam ayat di atas. Yalah, kadang-kadang tu kita juga terlalai dari menggunakan nikmat yang Allah beri. Ingat-memperingati begini memang sentiasa perlu kerana ada manfaatnya bagi mereka yang punya hati yang sejahtera.

    ReplyDelete
  5. salam
    saya pun sama mcm kak dida..
    sokong sume kecuali no 10..=)

    ReplyDelete
  6. salam...

    manusia kata-perangai macam lembu
    lembu kata-manusia punya perangai lagi teruk dari aku.

    ReplyDelete
  7. Salam to all...

    Hmm... gitulah makhluk bernama manusia. Sebenarnya Allah ciptakan manusia ni sebaik-baik makhluk... Ditambah pulak kita sebagai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat. Kadangkala manusialah yang merendahkan martabat mereka sendiri sesuai dengan firman Allah di atas. Jadilah kita insan yang beriman dan berilmu kerana dua golongan ini akan diangkat darjat mereka oleh Allah. Wallahu 'alam.

    Terima kasih juga ana ucapkan kerana menceriakan blog ana dan entri ini dengan komentar-komentar antum. Kadang-kala ana sendiri tak boleh nak balas komen-komen antum. Entah le kenapa. Bila dah tulis... tekan post comment.. ada je problem. Ikut nasib la... sampai sepuluh kali pun ada kekadang. For inform... ana guna celcom broadband... kawasan ni pulak GPRS je... but full line.. not 3G or coverage. So.. sorry bebanyak kalau komen tak berbalas... jangan serik mengomen atau membuat ulasan di blog ini. Tq so much....

    ReplyDelete
  8. Nak tambah satu lagi,Lembu tak pandai mempertikaikan hukum Allah,sedangkan manusia ada yang pandai-pandai buat hukum sendiri walaupun bercanggah dengan hukum Allah.

    ReplyDelete
  9. lembu ..hayawan ghoirun naatiq , manusia .. hayawan naatiq ... ada tak sapa2 yg boleh tolong huraikan ,ummi dah lupa le , nie masa bljr kt sklh dulu2..

    ReplyDelete
  10. Artikel yg menarik..
    Boleh ana copy artikel ni.?

    ReplyDelete
  11. Salam AfarZ... silakan... anda boleh copy sebarang artikel dari blog ini... tidak perlu minta izin. Ilmu itu milik Allah...

    ReplyDelete
  12. Salam kak ummi... kalau ikut pembahagian dari sudut makhluk hidup berakal atau tak... macam tulah.. naatiq wa ghairu naatiq. Manusia yang tidak menggunakan akal macamlah hayawanun naatiq... haiwan yang tidak berakal.. bahkan mungkin lebih teruk dari itu.

    ReplyDelete
  13. terima kasih diatas penjelasan ... kalu apa2 yg akak kurang jelas dpt le akak rujuk di sini yeeee

    ReplyDelete