Saturday, July 04, 2009

APAKAH KERANDA MENJAMIN SYURGA??


LOS ANGELES - Raja Pop, Micheal Jackson dilaporkan akan dikebumikan di dalam keranda yang bersalut emas dan gangsa tulen yang bernilai AS$25,000 (RM87,500).

Keranda mewah dan istimewa itu turut dihiasi dengan kain baldu biru dan kemasan cermin buatan tangan.

Keranda yang dikenali sebagai Promethean itu adalah sama jenis dengan keranda yang digunakan untuk meletakkan mayat penyanyi James Brown.

Beberapa laporan menyebut upacara memperingati Micheal akan berlangsung pada Selasa ini di Staples Centre yang menjadi gelanggang utama pasukan bola keranjang LA Lakers.

Jika keluarga Micheal nenerima tawaran menggunakan stadium yang boleh memuatkan 20,000 orang itu, skrin besar akan dipasang di luar gelanggang untuk tatapan ribuan peminat yang dijangka membanjiri kawasan tersebut. Selain itu, Memorial Coliseum Los Angeles turut di lihat sebagai kawasan sesuai untuk mengadakan upacara khas memperingati Micheal. Setakat ini, lokasi sebenar jenazah Micheal disimpan tidak dapat dipastikan dan pengumuman rasmi mengenai pengebumian penyanyi itu dinantikan jutaan peminatnya di seluruh dunia. – dipetik dari sinar harian.

Ulasan SNO :

Tidak perlulah kita berasa hairan dengan kaedah pengebumian jenazah raja pop dunia ini. Sudah menjadi lumrah dunia…. kadang kala manusia terlalu mendewa-dewakan manusia lebih dari khaliqNya. Na’udzubillahi min dzalik.

3 comments:

  1. bermacam macam ragam ya manusia ini...kan ustaz..

    ReplyDelete
  2. hmmm..i'm speechles..hai ntahle...akak pun terfikir gak, ramai yg dah meninggal pun dapat pingat..tapi berguna lagi ke pingat tu kat simati tu ? sedangkan simati tu bukannya tau pun dia dapat pingat tu sbb dah pindah ke dunia abadi kat sana...there is no way to come back plak tu..akak pelik dan fening la..

    ReplyDelete
  3. bukankah salah satu tanda akhir zaman.... artis di sanjung... orang alim di hina. Maknanya dah akhir zamanlah ni...

    ReplyDelete