Friday, June 12, 2009

CORETAN PAGI.. ( HOBI )

Coretan pagiku :
Assalamualaikum semua... pagi tadi saya sempat mendengar bual bicara dalam rancangan Malaysia Hari Ini selepas berita jam 7. Topik yang menjadi pilihan adalah tentang hobi mengumpul sesuatu barang. Memang tak dapat dinafikan.. rakyat kita memang suka kumpul barang... yang paling selalu orang kumpul adalah duit di bank.... tapi banyak juga yang buang duit. Selain itu ramai juga yang mengumpul setem, poskad... dan kalau berdasarkan hobi pemanggil pagi tadi.... ada yang kumpul baju bundle.. peta bandar di negara lain... yang kumpul wayar pun ada. Ape-ape jelah. Mungkin ada yang tahu.... dan ramai juga yang tak tahu.. perkataan 'hobi' ini adalah perkataan yang diambil dari bahasa arab 'hubbi'. Maknanya kesukaanku.. kecintaanku.. kegemaranku. Sesuatu yang mungkin kita tak perasan.... ada satu benda yang kita tak boleh kumpul.... apa lagi kalau bukan MASA. Ramai yang buang dan memang tak boleh kutip semula. Fikir-fikirkanlah.


"Masa itu seperti pedang.... sekiranya engkau tidak memotongnya... dia akan memotongmu".

No comments:

Post a Comment