Tuesday, June 09, 2009

CERITA KATAK

Katak merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah yang memiliki keistimewaan tersendiri. Di bumi ini… terdapat pelbagai spesis katak yang pernah kita lihat. Namun… spesis katak dalam gambar di bawah amat menarik perhatian saya. Jenis katak ini adalah sejenis spesis yang di kurniakan Allah mata di belakang badannya. Tujuan mata tersebut adalah untuk mengelirukan musuh-musuhnya . Sungguh besar ciptaan Allah Yang Maha Agung.


Maaf.... gambar agak kabur

Dalam istilah politik, kadangkala manusia juga punya sifat seperti katak… melompat ke sana dan ke sini. Ada nilai tersendiri… tapi anda nilailah sendiri…. sekiranya ‘melompat’ ke arah yang lebih baik… tak de masalah. Cuma yang jadi masalahnya sekiranya ‘lompatan’ yang dilakukan itu untuk kepentingan diri dan peribadi….. seseorang itu tidak akan dihormati walaupun manusia ini makhluk yang lebih mulia dan terhormat dari katak.

*Belum ada dalam sejarah pilihanraya Malaysia calon yang bertanding menggunakan lambang katak sebagai stategi mengelirukan pengundi.

No comments:

Post a Comment