Tuesday, June 23, 2009

ANTARA NENEK TUA DAN PEREMPUAN MUDA


Sahabat sekalian.... anda carilah perbezaan dua gambar di atas. Bila melihatnya secara pandangan mata kasar, mungkin kita akan melihat dua wajah berbeza... satu gambar nenek... satu lagi gambar perempuan muda. Tahukah anda... wajah di atas adalah hasil lakaran satu gambar sahaja. cuma diterbalikkan... tidak ada bezanya... dan tidak ditokok tambah sama sekali. Kerana itulah saya nyatakan sekiranya anda melihat ada perbezaan secara pandangan mata kasar... mungkin anda telah 'tertipu'. Untuk apa gambar ini saya pamerkan? Tidak lain dan tidak bukan... sebagai renungan bersama......
Saya teringat pesan ustaz saya semasa di menuntut di sekolah menengah.... dunia ini hanya tempat singgah sementara. Carilah bekal untuk menuju ke destinasi yang pasti kita akan pergi... wajib pergi dan tidak mungkin kita tidak akan pergi. Sebaik-baik bekal itu adalah taqwa. Hiduplah dengan 'washatiyah'.... akhirat di cari, dunia jangan dipinggir, tapi jangan tertipu dengan tipu daya dunia.
Mengingat tentang dunia... Rasulullah S.A.W pernah diberi gambaran tentang usia dunia semasa peristiwa mi'raj. Rasulullah SAW melihat seorang perempuan tua yang penuh dengan perhiasan dan baginda memohon penjelasan Jibril a.s siapakah perempuan tua tersebut. Jibril menjelaskan perempuan tua itu adalah usia dunia dan perhiasan itu adalah tipu daya yang bakal melalaikan penghuninya.
Oleh yang demikian.... saya mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan agar sentiasalah kita berwaspada dari tipu daya dunia sebagaimana kita 'ditipu' oleh gambar di atas. Wallahu 'alam.

1 comment:

  1. Subhanallah..mmg kat dunia ni kita akan sentiasa terpedaya dengan tipu daya syaitan yg akan datang dalam pelbagai bentuk..marilah kita sama2 bersatu merobohkan tentera syaitan laknat dan kekal bersatu dalam satu barisan hingga kesyurga...

    ReplyDelete